Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

LEGO FREE di IOI City Mall Putrajaya

Salam,
Tetiba nak stori hal ni .Bebaru ni ciku bawak makayah g ioi city mall bersama anak anak dan TL.Tetiba kami nampak ramai orang beratur area kedai LEGO level 2 area surau so apa lagi duk la g sibuk sibuk kat situ.Rupanya ada build and bring home mini lego.

Schedulenya pukul 12 -2 every 2 hours before 6 PM .Date 26 june -28 june 2015 ..Masa tu dah pukul 12 lebih so kami beratur lak untuk session pukul 2 petang..meh terjah gambo anak anak ciku bina mini lego dan anak anak ciku dapat siap dulu..yezza takyah beli lego dah.Amik je free ada 4 set untuk seorang. Abangnya yang sulong tolong siapkan untuk adiknya yang bongsu..hihi..pukul 3 settle kami jalan ke index living lak( tempat feberet tu)..hihi .



  




  




Ramadhan penuh keberkatan

Salam

Abaikan kepala beruban tu ..fokus pada bangunan tu je.ciku amik pic tu di Guilin.Unik je rasa..hihi

Dikesempatan ini ciku dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan ciku juga ingin mohon ampun dan maaf jika ada tersilap dimanamana entry yang ciku kongsikan.

Moga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang paling banyak kita memohon keampunan dan memohon berkat dan menjadi ramadhan yang mengubah diri kita kepada seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.Pohonlah kemaafan daripada kedua orangtua kita.Perbanyakkanlah amalan sedekah,solat terawikh ,mrngeratkan persaudaraan,tadarus,zikir,mendatangi majlis ilmu dan sebagainya selain berpuasa dan bersolat.

Okeh ciku akhiri dengan serangkap pantun spontan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Bulan ramadhan bulan yang satu
Penuhilah ia dengan satu kemenangan

wassalam

Merryland Theme Park Resort ,xingan Guilin -Part 2

Salam ,


Day 4 - Xingan -Guilin


Merryland theme park Resort hotel 

Copy paste je dulu ye..hihi

The Merryland Resort is situated in Xing'an County, Guilin, Guangxi Autonomous Region, covering an area of 6,000 mu (988 acres). Major attractions of the resort include a Golf Club, the Merryland Resort Hotel, the Holiday Cottage, and the Theme Park. Here you are surrounded by the colorful and varied cultures of the minority cultures of Guangxi.
This area has six sections each with their own theme with modern rides and shows. It is a great place for families.walking distance from this hotel to theme park.


China Merry town- the architecture is ancient Chinese style.
American Wild west-Visitors travel back to 18th century to American pioneerr period.
Dream World-Fantasy design like Alice’s dream land. There is a performance at 12:30 and 15:00 which lasts 30 minutes.
Pirate Village- Get up close and personal with pirates! Pirate Ship ride is great.
South Pacific area -Tropical plants, bamboo, thatched houses and magical aboriginal stone carvings just like being in the South Pacific. Go Airship surfing and ride Waves roller coaster. There are two performances in the area.
Indian show
Time: 10:00 and 13:45 lasts 15 minutes
South Pacific song and dance show
Time: 13:30 and 16:30 at normally, but on holiday at 10:00, 13:30 and 16:30. Performance lasts 15 minutes.
Europe Area- visitors can appreciate the Gothic architecture of the 12th -13th century.
Mandala Garden –A natural garden full of many kinds of flowers. Lover’s bridge, Fengyu Bridge and walk around Ling Lake are recommended activities.
Refer here if you wanna the great info
http://www.travelchinaguide.com/attraction/guangxi/guilin/merry-land-resort/

Kisah benar di sana
Pepagi tu bekfas yang dimasak oleh chef import dari Malaysia dimasak depan kami bagi yang datang awal cam famili ciku ni memang awai turun makan..hihi.Nasi lomak dan sardin cicah roti dan kuih cakoi .ok gak.cucur udang dia tu sedap ssgt.Dalam pukul 8.30 pagi kami jalan kaki ke merryland theme park tu.Main jela ikut suka sume 6 theme dan dah dibayar masa pakej .

Majoriti kami main dan dapat tengok show .Ada ketinggian budak yang dibolehkan untuk main roller coaster.Lain negara lain theme Park nye tak boleh nak banding sangatla ye. hihi. Ciku pernah berpeluang ke Universal studio singapore, Everland korea, Ferrari World Dubai, Disneyland tokyo , Jerudong Park brunei dan kali ini ke Merryland Theme Park xingan.






Shangri -la
On the way balik ke guilin kami ke Shangri la like a heaven bagi orang cina.Dan memang cantik viewnya.Kami naik boat kayu dan menyusuri sungai . Ciku suka tempat ni..banyak ukiran yang cantik cantik.Ada satu tempat tu kita berkumpul reramai dan orang dari atas banguann cantik tu akan baling 3 souvenior tanda bertuah dan ciku salah seorang yang dapat..hihi.Settle tu kami naik bus semula dan di bawa shopping banyak tempat dan mahal.Antaranya silk ,bamboo house ,Dr Tea,Pearl jade dan medicine chinese.

Guilin Chongshan Street Mosque
Sesampai nya di Guilin kami dibawa melawat dan solat di mosque dan makan dinner juga di Endian Halal dan kemudian check in di hotel yang sama macam hari pertama iaitu hotel universal .Ada salah seorang dari kami panggil orang cina yang dia mintak kenalkan dari travel agent tu buat jualan lambak termasuk keychain dan FM di bilik so ciku pun joinle..abiskan duit cina ni..hihi. 3 yuan satu FM yang boleh lipat tu dan 5 yuan untu k keychain panda .Lepas tu hubby ajak g night market..hoho.Mode fengsan.
Day 5 - Guilin
Elephant trunk Hills
Last day ni kami ke Elephant trunk Hills , dekat je dari pintu masuk dan jenjalan amik gambo as well pastu kami lunch di restoran endian halal lagi dan balik hotel rest pastu dalam pukul 3 petang tu diminta berkumpul semula di lobby untuk diberi foot massage free . Men for men ,women for women..hihi.memula dia rendamkan kaki dalam air cam rempah. Pastu dia lap dan sapu minyak urut dia .Ciku dah pesan awal awal left leg injured so no urut di situ..haha.Kami dalam satu bilik tu ada 4 kerusi urut. Tergolak golak sembang ngan depa cina women tu.Cam ayam itik ..haha.

Li Jiang Theatre Acrobatic show
Settle tu kami booking untuk tengok show acrobatic di area foot massage tu dalam pukul 5 kot ( 1 jam je )..Best best.Namanya Li Jiang Theatre (boleh buat carian di google gak..hihi ..sama je.) start dengan jualan tulisan cina oleh pelukis terkenal katanya cam bid je..time ni serius ciku poning sebab asyik jerit jerit je.Bila start je acrobatic show tu ..it's ok kecuali yang aksi lelaki jadi perempuan tu ..tu pun cam tahap nak muntah..haha.

Selepas semua settle, kami dibawa dinner ke restoran muslim mee tarik sedap tapi portionnya banyak di kedai muslim area Zheng Yang Walking Street .Ciku amik 3 pinggan nasi goreng cina dan 2 bowl mee tarik .Kami diberi free n easy itternary so apalagi terus le ke market jenjalan abiskan duit.sampai kul 9.30 malam kot bershopping sakan.Pastu hubby dan yang lain ke market bawah tanah tu.Ciku dan anak anak balik hotel sendiri dan sempat stop satu kedai beg..beli lagi..haha dan makan buah laici ngan peach.manis.Tengok muvi IPTV n sleeping beauty.Rest .mode fengsan lagi.

Harga Trip ni = RM2500 (All in) per pax.(termasuk tiket flight dan bagasi 20KG sorang pergi balik dan juga meal dalam flight).RM2000 untuk budak 7 tahun ke bawah.
Semua hotel adalah bertaraf 4 star dan 5 star di Theme park Resort Hotel..makan disediakan 3 kali sehari di restoran halal.Semua entrance juga telah termasuk dalam pakej.
Tinggal bawa duit nak shopping je.
Ciku beli FM (3Yuen), Keychain panda (4yuen), Beg 360 (100++ yuen) dan paling banyak ciku beli lukisan pemandangan jahitan tangan tu.hihi.Ada satu trip naik cruise untuk tengok silver dan golden pagoda tu ciku n famili tak join sebab mahal.Kami pegi sendiri je jalan kaki di pesisiran tu .
 Day 6 -Kuala Lumpur
Alhamdulillah selesai sudah trip ke Guilin.Selepas bekfas di Endian halal Restoran kami terus ke airport .Flight pukul 11.20 pagi (24 darjah) dan sampai dalam pukul 3 waktu malaysia.Settle balik rumah kesayangan kami.InsyaAllah.

Cuti sekolah di Guilin ,china-part 1

Salam,
Kami ikut pakej Ummah Holiday. Rombongan seramai 18 orang ( 3 keluarga 5 kanak kanak) .Majoriti dari Negeri sembilan.( 6H 5M ) .Tukaran duit 100 yuan  = rm 60 . Bawa duit belanja je ..lenlain agent dah settlekan.Yeah..relax.


Day 1 - Kuala Lumpur -Guilin 

Flight pukul 6.30 pagi so kami diminta berkumpul seawal pukul 3 pagi di KLIA 2.awai tu..huhu.Ikut ajela.subuh di KLIA pastu terus naik flight. Sampai di epot guilin (tulisan china - Guilin Liangjiang International Airport) lebih kurang 10.30 pagi dalam 4jam.Kami diperkenalkan dengan tour guide namanya Alex or Ali . Dia study di beijing dan bekerja di guilin.Englishnya baguss sekali..hihi.Airport toilet takde paip .Kena standby botol mineral sama cam korea.

Endian halal restaurant
Disebabkan musim hujan so ittenary diubah mengikut cuaca.Kami terus dibawa makan di endian halal restaurant sebelah Guilin Chongshan Street Mosque -restoran ni keluarga tibet ..muka depa cam arab arab china gitu.Makan so far ciku rasa sangat sedap.Dalam 7 jenis menu makanannya dan nasinya portion sikit je. Sedap ni pun teringat lagi.Toilet kat sini ada air paip dan ada di masjid gak sebelah je.

Yao Mountain
Settle makan kami dibawa terus ke Yao Mountain by cable car  rasanya cam cable chair kot kaki bergantung .Gayat ciku tapi tengok depan je memula tu lelama baru berani tengok bawah dan sekeliling..anak anak ciku excited sonok bonar.Subhanallah cantik pemandangan sini keindhan alam semulajadi dari pandangan atas cable chair tu .Ciku berulang kali tanya how many minutes we take to going up there??haha..broken english tapi ok je depa paham.25 minit je lebih kurang.Sampai atas tu ada kedai kedai dan kabus menutup gunung ganang.Ada kereta kebal kat bawah sebelum naik cable chair tu ..ooo..lupa lak.cable chair tu tak stop..kita kena angkat tangan lepas kan pemegang tu dan angkat kaki pastu cepat cepat turun kalau dak kita pusing satu pusingan lagi..hihi.Tapi jangan risau ada je 2 orang lelaki akan tarik kita kalau kita tak sempat turun.huhu.Patutnya turun guna slide tu tapi hari yang kami pergi ni ..slide tu tak berfungsi dalam penyelenggaraan so okla..huhu. Balik dari yao mountain kami ke endian halal restaurant tu semula by bus ..dinner dalam pukul 6 petang kot.

Zheng Yang Walking Street
Kemudian terus ke sini sendiri.agent kata free n easy so okla. Hotel ciku dekat dengan walking street ni .Kita paham centralnya ..ke kiri night market , kanannya market bawah tanah jual bedsheet dan lain lain gak tp ni tutup awal malam dan ke belakang central tu adalah hotel ciku iaitu Universal hotel.Jalan kaki je semua tu dekat je.Kami dapat jalan g night market kejap je sebab hujan lebat ..sempat le sambar 1 beg tarik 360 tu. hihi..lepas tu balik rumah.buat milo tido.


Day 2 - Guilin -Yangshuo

Crown cave
Selepas bekfas di Endian halal restaurant , kami teruskan perjalanan ke Crown Cave .Cantik sesangat..naik elevator untuk masuk dalam gua ni dan jalan sikit je pastu naik mini train pulak.best..dan cantik.Tak sangka dalam gua tu camtu.Habis pusing dalam gua tu kami keluar dan tunggu untuk naik cruise menyusuri Li River .Sementara menunggu tu selain amik gambo kami beli buah peach dan laici.Manis sesangat.basuh dulu sebelum makan k.

Li River Cruise
Keluar dari gua kami proceed ke Li river by cruise.Cantik sesangat alam semulajadi ciptaan Allah (SWT).Boeh tengok di belakang duit negara china ada gambar view li river ni. Memula kami duk dibawah dalam cruise lepas tu kami naik atas lak baru puas sikit..hihi.Ada makanan dijual dalam cruise tu tapi kami tak beli dan tak makanpun dalam tu selain buah yang dibeli tadi.

Impression SANJIE LIU
Kemudian kami naik bus semula untuk ke Yangshuo .Ni ciku tertido dalam bus ..rasa cam jauh je.Kami sampai hotel Souvereign di Yangshuo.Jalan kaki ke Yangshuo West Street (sesapa nak je) -ciku tak beli apa apa pun.Lepas tu balik hotel makanan dinner telah disediakan .Malam tu kami ke largest natural landscape performance in the world Impression SANJIE LIU.Best ever..outdoor berbumbungkan langit dan berhadapan dengan sungai dan gunung ganang yang di pancarkan dengan lampu lampu cahaya .Cantik.Ada couple china kat situ suka tegur kami dan diala duk terangkan main stori tu iaitu perhubungan antara nature dan human beings sebab kami tak pahamkan..bahasa cina..hihi.Seat memang telah ditetapkan satu row untuk kami semua so tak perlu rushing. Alhamdulillah cuaca malam tu dingin je tak hujan.Kami diminta berkumpul di luar pintu masuk dan bergerak bersamasama untuk naik bus semula dan balik hotel .tengok movie n minum milo .tido.
Pic xdo .kebanyakannya kami amik video..nanti boleh je tengok kat google.Ramai je yang upload.hihi

Day 3 - Yangshuo -Lipu -Xingan

Silver Cave
Selepas  bekfas kami dibawa terus ke silver cave gua batu kapur semulajadi..Ianya adalah gua yang terbesar di yangshuo. Ditambah dengan lampu warna-warni yang dipasang, menambahkan lagi keindahan dan kekaguman kami melihatnya.Kami asyik bergambo je dalam ni dan jln slow slow sementelah kaki ciku pun belum sembuh sepenuh je tapi boleh je jalan cuma tak selaju biasa je ..hihi.

Cormorant birds and Fishing village
Kemudian kami naik bus semula dan tengok cormorant birds yang unik..cara burung tu menangkap ikan.Burung tu diikat tengkuknye dan cari ikan dan bagi kat tuan nya ..gitula.Bagi kita orang Malaysia nampak cam kejam lor.huhu.Kami dibawa naik rakit dalam 8 orang muat termasuk 3 orang budak dalam tu. Ada tekong tua bawak da nseorang perempuan akan nyanyi lagu ap ntah cam ala ala opera tu.Pastu kita satu grup rakit ni diminta nyanyi satu lagu.Kami pun nyanyi jela "lagu Pengakap/pandu puteri masa sekolah dulu" tajuk lagu goreng pisang..korang tau tak lagu ni..hihi ngan satu lagi lagu "jingli nona jingli nona yok kari kasa" lagu portugal tu..haha..sakan naynyi..orang tu bagi souvenir bulat colorfull tanda bertuah la gitu.apa ntah.seronok depa dengar keluarga ciku nyanyi lagu ntah apa apa je..haha.bebudak ni pun meriah je la nyanyi.

Settle semua tu kami on the way bermalam di Merryland theme park resort hotel (5 star hotel) , Xingan.Kami sampai awal hotel so majoriti rest dalam hotel.Kami je sekeluarga yang berjalan jalan sekitar hotel dan main pingpong dan ala ala xbox tu serta ke kolam mandi.layanzz.Dinner dalam pukul 6 lebih dimasak oleh oleh chef import dari Malaysia.En zali..ciku tak kenal dia ni sebagai tukang masak..hihi. Dia masak kari ayam dan cucur udang dan tomyam..sedap la.Pastu sayur tumis dan apa ntah lagi.sedap .Yang tak bestnya majoriti staff hotel ni tak reti berbahasa inggeris..huhu.konola cakap sambil buat aksi aksi.hihi.


continued..