Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Jom dekorasi




Dari semalam ..aku duk terpk pk apa la nak deko rumah ni..deko bagetla.
Sekarang rumahku tema nya hitam putih kelabu.pastu aku rasa macam nak tukar color hijau oren tp dah macam sistem kenderaan aku lak.pastu aku rasa macam nak color peach blue pastu nak macam nak color pink hitam..aityak ..poning poning.
tp semalam aku beli cermin hitam putih untuk ruang tamu gak so pastilah tema aku kekal hitam putih kelabu aje.cuma aku nak cari warna ceria sikit ..apa ek?
Nak tambah bunga putih hijau ek..nampak klasik..ye ker..haha.
aku jek nampak ala klasik..dia nampak ala kadar je.
atau tukar carpet color hijau muda..so hitam/putih/kelabu/hijau muda..
aku rasa cam cantik jek..ye ker?tadi aku duk blogwalking aku jumpa url nih.
yang jual sticker dinding tu.
aku tak sempat tgk lagi..nnt aku jenguk semula url tu.
http://jomdeko.blogspot.com/2010/01/wall-sticker-updated-rm10-new-design.html

sumber pakcik google
****Apapun pastikan rumah bersih dan tersusun , tiada sawang..haha.****

Haniz-eyecandy giveaway

Aku jarang buat mukadimah dalam blog so direct je seperti selalu. 
maxima 3 pic yang di pilih oleh aku dari tanggadomino.
Tujuan aku nak minta haniz-eyecandy mendesignkan pic my daughter ni..Raudhatul Jannah sebab aku suka sgt tgk scrapbook design dlm gallery haniz-eyecandy .Aku nak buat sendiri tp cam tak kreatif.hehe
Raudhah kata nak jadi doktor perempuan bila besar nnt.
Aku harap dia akan jadi seorang perempuan yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Besday dia bulan akan dtg ni "April" 
23 April 2008(silap da) - 2006..
so ini hadiah awal umi bg yek.

masa 2 tahun

Masa 4 Tahun
Masa 5 Tahun (sekarang)
kalau sesiapa berminat nak haniz-eyecandy designkan layout bolehla buat cam aku ni.
masuk je kat



If you are interested just :
*  make an entry about this giveaway.
*  Put a photo/ photos ( maximum three photos)  you want me to make a layout with in your entry.
  ex: your wedding photo, your kids, your graduation, your birthday or any important events you want to make it pretty… hehehe
*  A little description of the photos 




Memberontak

KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.
Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.
Tabiat
Bertanya kepada Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, beliau menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.
“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.
“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Azhar menjelaskan, tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.
“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.
“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.
“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.
“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.
“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.
“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.
Wanita lebih murung
Kembali meneliti penyelidikan Ramli, antara kesimpulan daripada kajian tersebut ialah di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan.
Golongan yang tidak terkecuali ialah kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan rendah, di kalangan keturunan Cina dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alkohol.
“Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosioekonomi rendah.
“Disebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya.
“Mengapa di kalangan keturunan Cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat Cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain,” ulas Ramli.
Menolak tanggapan bahawa semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak sebagai memiliki masalah sikap, Ramli mempunyai pandangan tersendiri.
“Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu,” katanya.

Biduan

Tetiba nak paste lagu ni entry hari ni.
best lak aku dgr tang korus tu.
aku nak cari lagu shima 70an tu gak tp tak igt tajuk lagu.
lalalala
lalalala

Lagu Kisah Seorang Biduan - Dahlan Zainuddin

( 1 )
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )

( 2 )
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )

( korus )
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )

( ulang korus )

Pendaftaran Pra & Tahun 1 bagi anak yang sama - 2013


Sesiapa yang bermasalah macam aku masa nak daftar thn 1 tu bg anak yang sama nak masuk pra sekolah so boleh cuba sekarang yek.


Pendaftaran bagi anak Prasekolah dan Tahun 1 bagi anak yang sama telah boleh dilaksanakan. Bagi ibubapa yang sebelum ini hanya mendaftar Prasekolah sahaja, boleh mendaftarkan anak tuan/puan ke Tahun 1 bagi tahun berikutnya. 
Pendaftaran kini secara Online! 


Rutin today
bekfas : - makan biskut oat ngan air kopi panas
lunch: - tak pasti..nak balik amik duan pastu lunch sekali
mana boss aku ni..nak hantar surat mc ni..cepatla..
aku tak suka tunggu tunggu.bukti ni.haha
ok tu jek entry today.
 
 

Apa yang aku rasa hari ini?

Dah hampir 3 hari aku kat Serai lanjut Rompin ni tahun 2011..tempat tetap kalau g bercuti area sini.dari habib dalam perut sampaila habib dah 3 tahun ni.
Tp kali ni aku tgk serai d'lanjut cam tak semangat jek..lanscape pun dh kureng..naper ek..semenjak tukar mgmt ke ek..ntahla.

  • Kaki aku sakit..tak dpt byk bergerak..pg bercuti tp tak mandi kolam..no..sob sob sob.hiks..alhamdulillah Allah bg sakit sikit jek.
  • Aku asik main game jek ..geram sb tk menang menang nak kalahkan kawan aku
  • Anak anak aku main badminton  ngan anak member dpn mata aku ni..ayahnya main golf.
  • Sgt kenyang..breakfast roti ngan yogurt jek tp sgt kenyang

Ok nak g tgk akak zana sebelah wat scatch lanscape design lagi jap...so cantik.kagum lak.
itu aje agenda harian cuticuti ku..
bila la aku nak g naik beskal ni..huhu

Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.
Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku,buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.
Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak.
Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.
****

Aku mc 2 Hari..kaki ku hampir nak ke Ekzema..dulu masa sekolah darjah 4 ( 25 tahun yang lalu ) pernah kena tapi tapak kaki jek..insyaAllah sembuh cepat..

Teknik jatuh cinta dengan Kerja






1) Fokus hal positif 

    Memang tidak dinafikan banyak yang tidak puashati terutama gaji tapi pk la kalau langsung takde gaji.pk je apa apa yang baik baik.kemudahan keselesaan ke apa apa la.


2)Anggap pengalaman sebagai proses pembelajaran
dalam usia lewat 20-an dan anda masih di peringkat bawahan pasti anda rasa tidak dihargai untuk naik pangkat atau naik gaji atau sebagainya kan?bertenang anda bukan sendirian.Kunci utk hadapi sume ni adalah anggapkan ia sbg peningkatan dalam kemahiran kerjaya.


3)Tentukan sasaran peribadi 

ia menjadikan kita lebih bersemangat dalam kerja.Buatla sasaran untuk hasilkan yang terbaik lebih baik dari orang lain tetapi pastikan ia bersandarkan kepada realiti diri anda sendiri.jangan la terlalu tinggi sehingga anda stress lak.


4) Hilangkan sakit hati 
Jika ditegur oleh boss memangla rasa sakit hati , stress lebih lebih lagi kesalahan tersebut bukan tanggungjawab kita seorang sj.daripada kita duk fokuskan sakit hati baik kita muhasabah diri cari kat mana salah tu dan cari agar tidak berulang lagi walaupun kerja berkumpulan..perbincangan.

5) Cari kepelbagaian atau variasi
Melakukan kerja rutin atau kerja sama je setiap hari pasti boring.tetapkan waktu untuk memvariasikan kerja anda so apa lagi blogging la tapi jangan sampai terlebih timer lak.hhehe

6)Tukar jabatan
Jika kita rasa kita lebih sesuai untuk ke jabatan lain atau kerja lain, tiada salah jika kita berbincang dengan boss kita mungkin dia memahami( mungkinla) .heehe.

7)lakukan segalanya dengan sesempurnanya dan berdoa
Jika sudah yakin seratus peratus kita tidak mahu menghabiskan saki baki kerja kat tempat yang sama tapi hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi untuk esok lusa dan sebagainya.mana tahu ada orang atasan tukar kerja ,bersara atau apa apa la..dan kita dilantik menjadi ketua di situ atau dinaikkan pangkat untuk mengubah segalanya.Jika sudah ketentuan rezeki allah di situ..pastinya ada peluang untuk kita..think positif.

Bersyukur dengan segala yang Allah berikan .belajar dari kesalahan dan cari kaedah untuk membangkitkan dan menyemarakkan kemahiran diri..haha..ayat.


Ayam Penyet AP

Tepek dari site Ayam AP

Terasa nak nya la pergi hari ni tp tp tp...saper nak bawak aku???
huhu..sekarang telan air liur jek.tunggu hubby or klik la nak bawak atau naik komuter(bersungguhnya aku..haha)

Dulu lepas hubby balik dari surabaya , dia  ajak makan ayam penyet aku tak nak..dgr tajuk jek cam gerun jek..ayam penyek penyek..pelik pelik.aku makan ns g.cina,ns g. kg...ala ala yang biasa ajela kalau jenisnya nasi la.

Pastu bila aku g Jeddah...kami di bekalkan nasi ayam penyet oleh mutawwif indonesia..aku tak makan gak tp aku nak rasa..simpan jek pegang gendong..bila malam tu ..baru aku makan..dalam keadaan xberapa lapar tu aku makan gak nasi AP ni./.Ya Allah..sedap nya..alhamdulillah dapat gak aku merasa nasi AP ni so bila aku balik mesia nak carila ns ni..ada makan kat bangi hari tu..tk igt nama kedai..tk de la sedap sgt..pastu aku baca blog sumi 
aku musti cuba test try..apa apa jela.

Ada kat shah alam.cek cek kat Outlets Ayam AP..
dah macam promoter lak aku.Okla aku nak outs dah..jom lunch!!

Kurang tidur punca gemuk!

Apabila berat badan bertambah, boleh dikatakan semua orang risau, tetapi tidak ramai mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya daripada terus bertambah. Rasa panik biasanya terbit apabila baju atau seluar sedia ada menjadi ketat atau tidak boleh dipakai lagi.

Soal berat badan berlebihan adalah isu global yang dihadapi hampir setiap orang. Apabila tiba ke tahap itu, ramai mencuba pelbagai produk untuk kembali ke bentuk badan asal, tetapi ini bukan langkah terbaik kerana lemak terkumpul tidak dapat dipecahkan melalui penggunaan ubat sapu atau minum jus tertentu.

Tabiat makan juga mempunyai pengaruh besar terhadap pertambahan berat badan. Ada orang mendakwa hanya makan nasi sekali sehari, tetapi berat badannya tetap bertambah. Ada pula yang makan tiga hingga empat kali sehari, tetapi kekal langsing.

Banyak faktor menyumbang pertambahan berat badan, tetapi yang utama ialah pilihan jenis makanan dan kekerapan melakukan senaman. Kedua-duanya ada kaitan rapat.

Katanya, jika tidak bersenam dan kurang bergerak, baki tenaga yang diperoleh daripada makanan akan disimpan sebagai lemak di bawah kulit. Proses ini lama kelamaan menyebabkan berat badan bertambah.

Namun, ada lagi faktor yang boleh merangsang pertambahan berat badan, iaitu kurang tidur dan terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin --->mmg amat sejuk at one time kdg2. Tidak cukup di pejabat, ada yang memasang alat pendingin hawa di rumah. Malah, tekanan di tempat kerja atau masalah peribadi sering membuat ramai tidak mendapat cukup tidur.

Berdasarkan laporan penyelidik dari Universiti Alabama, Birmingham, Dr David B Allison dalam Jurnal Obesiti Antarabangsa Jun lalu, kajian ke atas haiwan dan manusia di Amerika Syarikat mendapati kurang tidur meningkatkan selera seseorang dan merangsang dia untuk makan banyak.

Malah, ada pakar pengurusan badan menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya mendapat cukup tidur iaitu antara tujuh hingga lapan jam sehari. Satu kajian lain menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada empat jam sehari mempunyai risiko 73 peratus untuk mengalami obesiti dan 50 peratus bagi mereka yang tidur hanya lima jam sehari.

Apabila kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak, memberitahu badan kekurangan makanan dan seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang.

Jika masalah kekurangan tidur ini berlarutan, penghasilan leptin juga semakin berkurang dan keinginan untuk makan bertambah tinggi. Malah, kekurangan tidur juga meningkatkan paras grehlin iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan.

Masalah ini kerap berlaku pada musim cuti atau perayaan kerana ketika ini kebanyakan orang tidur lewat. Apabila lewat tidur, masa yang ada biasanya diisi dengan aktiviti membabitkan makanan.

Terlalu lama dalam perkitaran berhawa dingin juga boleh merangsang selera seseorang. Dalam keadaan sejuk, badan terpaksa membakar lebih banyak kalori untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan ini sebabnya kita cepat berasa lapar dalam suasana sejuk.Sebaliknya, keinginan untuk makan menurun dalam cuaca lebih panas dan lembap.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti anti kemurungan boleh meningkatkan selera makan. Malah, ramai merungut berat badan mereka bertambah selepas berhenti merokok. Nikotin dalam asap rokok sebenarnya mengurangkan selera makan.

Apabila bekalan nikotin terhenti, baru perokok dapat menikmati keenakan sebenar makanan. Bagaimanapun, ini hanya kesan sampingan sementara yang boleh dikawal dan ia biasanya berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan pertama saja.

Pakar Tidur dan Pengurusan Berat Badan Universiti Arizona, Dr Philip Eiching, berkata antara kaedah yang digunakannya untuk membantu individu mengurangkan berat badan ialah menyuruh mereka mendapat cukup tidur iaitu antara enam hingga tujuh jam sehari.

Kurang tidur dan masalah obesiti sebenarnya saling berkaitan. Ini kerana orang yang obes biasanya mengalami masalah tidur berdengkur dan apnea (nafas terhenti sementara ketika tidur). Dengkur dan apnea boleh menjejaskan kualiti tidur kerana seseorang itu akan terjaga setiap kali nafasnya terhenti.

Antara cara lain yang boleh diamalkan untuk mengawal pertambahan berat badan ialah:

# Tidur malam mencukupi. Antara tujuh hingga sembilan jam (bagaimana pun tempoh ini berbeza mengikut keperluan setiap individu).

# Awasi berapa banyak makanan yang anda makan. Ini penting, terutama ketika majlis makan dan makanan dihidang secara bufet. Biasanya ketika ini kita terdorong untuk ambil makanan sepenuh pinggan. Ambil makanan yang benar-benar menarik perhatian kita saja.

# Bijak memilih makanan. Seboleh-bolehnya elakkan makanan segera, banyak karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak ikan, buah dan sayur.

# Bersenam. Jadikan ia sebagai rutin harian, walaupun ketika musim cuti. Bersenam akan membakar lebihan kalori yang masuk ke dalam badan. Berjalan selama 30 minit sehari dapat mengekalkan berat badan, tetapi jika ingin mengurangkan angka yang ada, panjangkan masa berjalan sehingga 60 minit sehari. Bersenam juga membuatkan anda tidur lebih lena.

# Elak minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, kola dan minuman keras. Semua minuman ini membuatkan anda susah hendak tidur.

# Jangan tidur selepas makan. Beri badan mencerna makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum masuk tidur.



TIDO TIDO TIDO LA SHIELA...LALALALA

Online Offer Pizza Domino 50%

Korang boleh layari website pizza domino..boleh  order online n get diskaun 50% utk yang kedua.
Antara promotion..ada byk lagi..macam macam


Tetiba aku lapar lak memalam nihh rasa nak makan domino pizza. aku kat kampung ni.
aku n famili palingla suka tuna temptation n extravaganza.
terpaling suka chicken crunchies spicy tom yam. ni bukan pizza..cuma side dishes jek tp aku mmg la suka..bila beli pizza musti beli cc spicy tomyam ni pastu aku makan dalam keta jek tak sempat sampai rumah dah abis.hehe.lagipun pedas seisi rumahku bukan makan pedas ni ..so aku je makan.
Kami jadi ahli domino putrajaya.sakan makan asik makan pizza domino bukan nak boikot pizza hut yek..sume sedap..rezeki.
so korang da tau sebab aku nama kan tanggan domino my blog ni..sebab aku suka makan domino pizza .Tangga tu sesaja la panjat tangga domino tu..tangga kejayaan..apa apa aann da.
sekian untuk cuti minggu ini.
selamat menjamu selera bersama domino pizza ye.

Cuti Sekolah!! jom tengok belon Putrajaya 2011

Jom jom ..aku n famili dah terjah ..korang bila lg?? aku pg semalam kejap pastu pagi tadi..so 2 x la..rumah aku dekat sini aje.
antara pic pic yang kami amik kat sini.esok lusa confirm ramai.
Bekfas dulu kat umai kat area monumen putrajaya 



50% diskaun naik cruise..okla bila lagi nak naik yang murah..time gini la.

ni apa ek nama mainan ni..ride ni dalam rm10.aku..tak nak..

ni cam best ..kita duk dalam bola tu.ada pelbagai saiz tp ni sesuai untuk budak sb tak masuk dalam air.

belon doraemon dan invader..cute n ganas

ni yang masuk dalam air lak.aku macam nak tp tak naik.

jualan jualan dan temapt gelongsor main gergasi tu.

ada byk lagi pic tapi takkan nak letak sume..apa tunggu lagi..jom jom jom
Kalau penat boleh duduk kat gerai gerai ni .toilet pun..kira okla.
17 /3/2011  - 20/3/2011
location presint 2 putrajaya.kat area masjid putra tu

Dokumen yang diperlukan untuk daftar Prasekolah Kerajaan

Salam semua..
Kena sebut tu sekolah kerajaan..hiks.
hari ni..kami g daftar si raudhah..dah berapa hari asik tangguh jek.so minggu ni kena g gak..hari yg paling layak hari khamis sb sb sb..hari ni ada hot balloon putrajaya.td dah byk dah belon termasuk belon garfield (silap daa...doraemon la) .comel

Pepagi aku dah siap kan dokumen dokumen yang diperlukan untuk daftar anak perempuanku sorang ni.dia cam teruja je ..bila aku ckp nak jumpa cikgu baru dia..hehe

1) salinan dan asal surat beranak si raudhah
2) salinan dan asal IC mak ayah(akula tu)
3) salinan slip gaji
4) salinan bil utiliti(letrik/air .telefon)
5) salinan sijil nikah

tapi jangan lupa step memula daftar dulu kat  http://apps.moe.gov.my/sppm/  tu pastu emel notify akan diberi kat kita ..print dan bawak sekali kat sekolah nak daftar tu.pilih la sekolah mana mana yg dekat ngan rumah atau opis kita.terpulang.
orait..selamat bekerja pada sesapa yg kerja ye.

Nuffnang CPC (Cost Per Click)





Macam macam kaedah orang nak dapat duit dgn blog terutama dgn nuffnang , google adsence ..ntah apa lagi.
Aku rasa orang yang suka menulis tak perlukan dibayar . Ini semua minat seseorang dan luahan rasa seseorang itu menulis.
Tapi kat dunia ni ada macam macam jenis orang. Kebanyakannya kalau buat sesuatu perlukan timbal balik..cam sistem barter tu.korang ingat tak sistem barter..alahai jap jap jap..aku cari kat pakcik wikipedia..hehe.
sistem kalau orang bagi tepung..kena la bg apa apa lak kat dia..gula ke gardenia ke.apa apa je la.
aku cam biasa suka ssgt copy paste info info yg aku rasa aku perlu tahu dan korang..ntahla kalau korang nak tau ok gak.jemput jemput.
Bila saya boleh mula mendapat bayaran daripada iklan dalam blog saya?
Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser kami. Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression).
Iklan CPC disiarkan dalam setiap blog rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen "Papar iklan Global CPC", yang boleh dipilih di dalam halaman Pengurus Blog di bawah kolum "Pilihan Iklan" (Ads Preference). Iklan CPC hanya disiarkan ke dalam blog yang tidak terlibat dalam iklan mCPM pada masa yang sama. Bayaran akan diberi berdasarkan jumlah klik unik terkumpul daripada setiap iklan CPC yang disiarkan.
Kempen mCPM membenarkan pihak Advertiser memilih senarai blog yang akan memaparkan iklan mereka. Pemilihan berdasarkan beberapa faktor seperti demografik pembaca, lokasi ruang iklan, status keahlian dan jenis unit iklan yang tersedia. Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan iklan CPC sementara menunggu blog anda dipilih ke dalam kempen iklan mCPM, pastikan anda memilih opsyen "Papar iklan Global CPC" (Show Global CPC Ads) di dalam halaman Pengurus Blog.
Getting Started Image
Setelah pendapatan anda mencapai minimum RM50, anda boleh memilih untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cek bayaran.

INGAT capai RM 50 baru leh mintak duit yek..jangan baru ciput tetiba salahkan nuffnang naper tak bayar..hiks.
Sama sama la kita berblogging. Tentukan sebab musabab anda berblogging.

Umrah 2011

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.Perasaan ciku memang macam tak percaya dapat ke madinah dan melihat tersergam kaabah , mekah menjejakkan kaki di masjidil haram dan masjid nabawi yang selalu ciku baca melalui buku buku dan kitab kitab sahaja kini ada di depan mata . Alhamdulillah ciku senantiasa dipimpin suami ketika berada disana dengan izin Allah. Rezeki Allah bagi untuk melangkah melihat makam ya Rasullah kekasih Allah..kala ini sangat merindui beliau .Memang tak tergambar dengan kata kata..syukur sesangat. Dapat pergi jugak ngan mak mertua dan makcik hubby..yang dah biasa ke sana.

Alhamdulillah..semoga dapat mengerjakan umrah dan  haji dan menziarahi makam baginda lagi..insyaAllah. Balik je Malaysia ciku buat satu buku dan album tentang semua yang berlaku disana untuk tatapan ciku dan keluarga  dan sahabat handai yang datang menziarahi kami sahaja. Penerangan dari muttawiff ustaz mardan tentang tempat tempat sejarah di sana banyak membantu kami meluaskan minda. Ciku juga pertama kali solat jenazah di sana dan melihat ramai orang yang berlari lari nak angkat mayat kat mekah. Di sana ciku berkenalan dgn jemaah bari solo,indonesia dan turki.


Ini serba sedikit tentang pakej andalusia
DI KOTA MADINAH AL MUNAWARRAH
Ciku dan jemaah lain mengikuti pakej under andalusia dan antara tempat tempat ziarah ialah Maqam Rasullullah s.a.w dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi, Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma.

SELEBIHNYA DI KOTA SUCI MEKAH 
Umrah 3x (dibimbing oleh Mutawwif) dan nak tambah ciku buat sendiri ngan suami dan mak serta makcik tersayang. Kami juga ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan banyak lagi


Ziarah sahabat dan saudara di mekah
Ciku dan keluarga sempat singgah ziarahi rumah sedara angkat yang memang tinggal di mekah. dah lama dia duduk sini dari anak satu hingga anak 3 dah..semua anakanak dia dh besar..dia kawin ngan org pattani pastu duk mekah.rumah dia atas bukit bukau.kami panjat..dia dtg hotel kami dan bawak g rumah dia..diapun dah berpurdah sama ngan anak perempuan dia.

Yang sorang lagi , member satu kolej dulu yang duk keja kat mekah ada 2 orang..tapi depa yang ziarah kami kat hotel..hihi..depa bawak kami pergi ke kilang air zam zam ( lelaki sahaja) dan kilang Quran (lelaki sahaja)..depa fasih berbahasa arab..harapkan ciku dan suami tergagapgagap la ckp jawabnya..hihi..insyaAllah ciku akan mengikut jejak belajar bahasa arab ni. InsyaAllah. Oh ye pendakian ke gua hira' tu member member nih ikut gak. Salah seorang tu memang suka ambil gambar dah macam photographer. Alhamdulillah terbina ukhwah antara kami dan jemaah jemaah yang baru dikenali di sana.


Alhamdulillah ciku dapat rezeki ini..semoga Allah memanggil ciku dan keluarga lagi untuk ke sana. InsyaAllah.

NOTA
Harga & Tarikh penerbangan tertakluk kepada pindaan semasa.
 HOTEL DI MADINAH  : Concorde Hotel (100 M) 


 HOTEL DI MAKKAH    : Royal Sultan  Hotel  (300 M)




nyum nyum..bersantai sementara sambil makan biskut di perkarangan masjid nabawi madinah
Pemandangan Mekah dari atas gua Hira'
Jalanraya yang diasingkan laluannya.
Masih lengang awal 2011 didalam masjidil haram 
Anda akan bertemu unta unta dan merasai kelazatan susu unta semasa melakukan  ziarah hudaibiyah
Jangan melepaskan peluang mendaki gua hira' tempat permulaan nabi muhammad (SAW) menerima wahyu pertama.


Ada satu lagi antara ziarah iaitu ke jabal magnet (misteri road)
melihat dan merasai kekuasaan Allah kenderaan yang kita naiki (bas) bergerak sendiri walaupun driver tak tekan minyak-real.





Nasi goreng Ayam Sosej


Makin lama makin byk lak entry makanan dlm blog aku..hehe
Malam ni kami makan nasi goreng ayam sosej jek plus telur mata.
aku biasa masak lepas balik keja tu terus jek ke dapur pastu siap dalam kul 6 tu..aku pun mula lah menelaah internet..hiks.

kaedah senang jek.
goreng ayam yang dah dipotong kecik kecik dan sosej yang  telah di gaul dgn serbuk lada hitam
tumis bawang putih 3 ulas yang ditumbuk halus
pastu goreng jek dgn nasi yang telah di gaul dgn kiub ayam(sikit jek).
letak la garam secukup rasa

camtu jek..haha..
masa nak hidang tu letak tomato hiris dan telur mata

camtu ajela dinner tonight.sesimplenya untuk aku dan famili
jom makan..
kalau lapar lagi di malam hari..biasanya kami makan karipap segera jek.


Sarapan di Umai D'lake cafe putraJaya









Lokasi : - Menara Monumen Alaf Baru, area presint 2 putrajaya.

view terus tepi tasik putrajaya..
untuk sume bikers pun sesuai sb ada garden untuk biker tepi tu.
tenang jek sini..best best.

aku mmg suka makan nasi lemak kat kedah dulu ..tak sangka ada restoran nasi lemak sedap gak kat presint 2 ni.lagi dekat ..aku br 4 x makan sini.
td bekfas ngan famili member dr kelantan ..depa belanja.
biasanya aku makan nasi lemak sotong jek. 
pg td try nasi lemak rendang ayam lak..best sedap.
lelain ..roti jala dia pun sedap..roti bakar ok okla..
lunch pernah try gak hari tu ..aku amik sambal sotong gak..sedap sambal sotongnya...yg lain belum try..nnt akanku try western dia lak..ehehe.